So, one morning sometime ago, my wife and I decided to drive from PD to Pengkalan Balak using the coastal road. On the way back, we decided to find a place deep in a kampung somewhere to have asam pedas. After doing so, we continued our drive and stumbled upon this hidden fort, Kota Supai!
It was eerily beautiful.
Armies used to launch cannons from here, and now it's just there, with a 1001 stories to be uncovered.
Here's more info from the Jabatan Muzium Malaysia website:
Kedudukan kota ini terletak di kawasan tebing tinggi di sebelah kanan muara Sungai Linggi dan ianya berhampiran pantai Selat Melaka. Disebut sebagai Kota Kuala Linggi kerana kedudukannya yang terletak di muara Sungai Linggi.
Ianya juga dikenali sebagai Kota Bukit Supai kerana setelah kota ini siap dibina, pihak Belanda telah menempatkan sepasukan tentera upahan yang dipanggil sipoi (Supai). Selain itu kota ini turut disebut sebagai Kota Meriam Patah kerana di lokasi ini turut telah ditemukan beberapa meriam yang telah patah setelah kota ini tidak lagi digunakan.
Kota ini juga turut dikenali sebagai Kota Filipina sempena mengambil nama anak perempuan Gabenor Belanda.
Seperti yang sedia maklum kota ini turut ditempatkan sepasukan askar untuk meninjau sebarang pergerakan di laut Selat Melaka dan sebagai kubu pertahanan serangan musuh – musuh Belanda.
Di samping itu , kota ini juga berperanan memungut cukai hasil bijih timah yang dibawa keluar dari pedalaman Rembau dan Linggi. Selepas Belanda tidak lagi memerintah Melaka kota ini telah ditinggalkan dan bangunan – bangunannya terbiar runtuh.
No comments:
Post a Comment