Wednesday, April 21, 2021

Kisah Anak Gen-X: Darjah 1 Mengajarku Segalanya

Masuk darjah satu tahun 1978 di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (2) Johor Bahru, aku bermula dari ‘O’. Literally. Tak tahu kenapa, tapi aku hanya merasa belajar di tadika hanya buat beberapa minggu. Mungkin tak serasi, tetapi ya, aku tak belajar ABC sehinggalah aku menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Maklumlah, cikgu YouTube pun belum wujud ketika itu. Dan pada hari pertama persekolahan, guru darjah Mrs Singgam, mengajar kami sekelas menulis huruf ‘O’. Itu saja. 
 
“Bukak buku ‘O’!” Mrs Singgam akan arahkan kami setiap kali kelas bermula selepas itu. Dan buku itulah menjadi saksi kemajuan aku sebagai seorang pelajar; sebagai seorang manusia yang kian membesar. Dari belajar menulis huruf, kami belajar mengeja dan menulis perkataan. 

Mrs Singgam juga seorang guru yang berpengalaman dan no-nonsense. Walaupun kelas kami, 1 Hijau, secara amnya semua berkelakuan baik (ahem ahem), tetapi feather duster sering kelihatan di tangannya. Oh tidak, ketika itu kami tak mudah tersentak dengan “ancaman” ke atas kesihatan tubuh badan. Bukan sebab tak rasa takut, tapi kami tahu guru perlu dihormati dan tugas mereka adalah untuk membentuk kami menjadi orang. Dan kalau report kepada ibu atau ayah, takut kena double pulak hukuman. 

Baca artikel penuh DI SINI

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin