Wednesday, May 30, 2012

Jalan-Jalan Cuti Sekolah: 5 Cadangan Untuk Anda

Cuti sekolah telah pun bermula, hurray! Untuk yang bekerja, hurray sebab jalan tak berapa sesak. Cuba periksa tekanan darah sepanjang minggu ini, mesti tak setinggi waktu-waktu lain. Sampai ofis pun boleh tersenyum. Tapi ya, senyuman itu pasti lebih lebar kalau pergi bercuti meninggalkan haruk pikuk kotaraya dan email yang tak putus-putus masuk mengganggu ketenangan melayan facebook. Haha. Bagi yang mempunyai selambak lagi cuti tapi tak tahu ke mana, ini ada lima cadangan:


1. Johor Bahru
Sudah tentulah bermula dengan kampung halaman saya. Harus diakui, JB bukanlah destinasi utama bila berfikir tentang percutian hebat seisi keluarga (sekurang-kurangnya belum LAGI, tunggulah Legoland buka nanti), dan biasanya "pitch" yang diberikan kalau nak ke JB ialah, "Dekat dengan Singapore lah". Tapi hei, banyak yang boleh diterokai lebih-lebih bab makan; mee rebus, otak-otak, kacang pol, lontong, goreng pisang... ah, baru menulis je dah rasa nak balik JB sekarang jugak (ataupun pergi "lunch" di D'Cengkih TTDI).




Tapi ya, kalau anda tahu mana untuk pergi, percutian makan-makan di JB akan menjanjikan sesuatu yang sudah tentu menyedapkan (walaupun program diet anda akan sedikit terganggu). Untuk cadangan-cadangan mesti-pergi di JB, klik SINI dan SINI.

Oh ya, pengalaman membeli-belah di JB semakin berbaloi dengan adanya Johor Premium Outlets. Lebih 80 kedai berjenama menanti anda dengan diskaun-diskaun menarik. OKlah, kalau anda golongan "elitist" yang tidak membeli barangan dari "musim" lalu, mungkin Singapura destinasi yang lebih sesuai, tapi percayalah, yang diperlukan adalah keyakinan diri yang tinggi untuk ketrampilan yang menarik, bukan sekadar dengan membeli Burberry koleksi musim luruh terkini membuat anda dipandang tinggi. Hehe. Untuk maklumat lanjut, klik SINI.


Bagaimana dengan tempat penginapan? Selain daripada rumah saudara-mara yang anda boleh "crash", banyak hotel di bandaraya ini untuk pelbagai bajet. Di tengah-tengah JB sendiri, saya cadangkan Thistle (dengan kolam renang besar) ataupun Puteri Pacific (dengan kolam renang tak berapa besar). Kedua-dua hotel ini berhampiran dengan tempat-tempat makan yang penting. Kalau di luar JB sedikit, mungkin boleh cuba Scholar's Inn dalam perkarangan UTM.




2. Melaka
Masih lagi di selatan tanahair, Melaka sarat dengan tarikan sejarahnya, fakta yang saya yakin anda semua pun tahu. Cuma perlu bersedia untuk kesesakan di kawasan pusat bandar, lebih-lebih lagi musim cuti ini. Jadi, mungkin saya boleh cadangkan sebuah "resort" yang terletak berhampiran dengan tol Ayer Keroh, Philea Resort & Spa.


Dengan persekitaran di tengah-tengah alam semulajadi, Philea memang sesuai untk cuti seisi keluarga. Kolam renangnya besar dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Klik SINI untuk maklumat lanjut.

Dan kalau tinggal berhampiran kawasan Ayer Keroh, memang banyak tempat-tempat menarik boleh dikunjungi termasuk Taman Buaya, Taman Rama Rama, Zoo dan yang MESTI-PERGI, Taman Botanikal Melaka.



3. Kuala Lumpur
Buat yang di luar Lembah Klang, KL destinasi yang "no-brainer". Rasanya tak perlu sebut tempat-tempat menarik di KL, semua pun dah tahu. Cuma nak bagi cadangan untuk beberapa hotel di tengah-tengah bandaraya. Dan sebenarnya, warga KL pun wajar sekali-sekala "bercuti" di KL sendiri, pasti anda akan dapat melihat dan mengalami sisi lain bandaraya ini.

OK, yang pertama saya boleh cadangkan ialah PNB Darby Park di Jalan Binjai. Saya diberitahu ini hotel kegemaran Yusuf Islam. Setiap kali kalau berkunjung ke sini, PNB Darby Park jadi pilihan. Di sini juga saya pernah menemubual beliau untuk program MHI.

Pertama sekali, hotel ini memberikan "view" KL yang sangat mengujakan.



Selain itu, PNB Darby Park juga terkenal dengan The 39 Restaurant. Terletak di tingkat (apa lagi) 39, restoran ini juga menjanjikan pemandangan kota yang indah selain hidangan masakan tempatan yang sedap secara konsisten.

Sebuah lagi hotel cadangan saya ialah The Royale Chulan di Jalan Conlay. Menjadi tumpuan pelancong asing khasnya, hotel ini memang di dalam kelasnya tersendiri. Bilik-biliknya dihiasi perabot berkualiti dan fasiliti yang disediakan di sini memang tidak mengecewakan.




Saya pernah mencuba dua restoran di sini, L'Heritage yang menghidangkan makanan Perancis dan Warisan Cafe untuk buffet sarapan dan juga makan malam. Memang puas hati. Lokasinya yang berdekatan dengan KLCC dan Pavilion juga merupakan satu tarikan utama.  


4. Pulau Pinang
Ke utara tanahair pula! Walaupun kali terakhir saya ke sana adalah untuk berlari dalam Penang Bridge International Marathon, kunjungan itu sangat diingati kerana, ya betul, makanan-makanan sedap yang sempat saya jamah, termasuklah nasi kandar, kuey teow, cendol dan lain-lain lagi. Untuk pengalaman penuh saya, klik SINI.


Bagi tempat penginapan pula, kalau anda berkereta, Eastin adalah pilihan yang baik. Terletak bersebelahan dengan Queensbay Mall yang sangat popular, ianya juga tidak begitu jauh dari tempat-tempat tumpuan di Pulau Pinang. Menarik juga dari hotel ini, anda boleh melihat kedua-dua jambatan yang sedia ada, dan jambatan baru yang sedang dibina.



Tapi mungkin juga saya boleh cadangkan tinggal satu malam di kawasan bandaraya Georgetown dan dua malam di kawasan Batu Ferringhi untuk pengalaman Pulau Pinang yang lengkap.

5. Perth, Australia
Untuk yang mempunyai bajet lebih (sebab pandai simpan duit bonus, atau baru mendapat pulangan cukai pendapatan), dan ingin berkunjung ke negeri Mat Salleh, cubalah Perth! Kenapa Perth? Perjalanannya tidak berapa jauh (sekitar 5 jam), boleh dapatkan package menarik melalui AirAsia (pernah dapat tiket "flight" RM1.5k saja untuk dua orang), dan Perth mempunyai pelbagai tarikan dalam dan luar bandar.




Percutian 5 hari 4 malam boleh mencukupi untuk kunjungan kali pertama. Antara yang menarik: Kings Park, Fremantle dan Rottnest Island. Cuma Perth bukan destinasi untuk membeli-belah, kecuali cenderamata untuk rakan dan saudara mara yang kuat berkecil hati. Baca pengalaman saya sendiri di SINI, SINI dan SINI.

Selamat bercuti!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sertai program YAY! CUTI SEKOLAH 2016 BERSAMA SELEBRITI & PROFESIONAL. Hubungi 012-3456055 atau layari www.yougotraining.com untuk maklumat lanjut & pendaftaran


3 comments:

nad said...

Laaa igtkan sape tadi! Haha!
Saya google pasal tmpt percutian trus ke blog en zul
:)

M.Zul said...

hehe. welcome :)

traveller said...

Salam.nak share with u guys.i br blk dr perth.stayed in mahira holiday hmes n car rental.rumah memang best siap dgn wifi free.modern fully furnished.near city perth.max 11 org.memang harga berbaloi.servis thumb up. Owner Hj shariff.anak dia ada disini.boleh contact 0123360098 cik siti. Diaorg buat fullboard pakej juga siap 3x halal meal a day.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin