Monday, July 28, 2025

Zainal In Da House!

 

Alhamdulillah, Bengkel Rahsia Memukau Audiens bersama Zainal Ariffin Ismail telah berlangsung dengan penuh jaya pada 27 Julai 2025, di Dekat KL, Wisma Rampai, Kuala Lumpur.

Sepanjang sesi, Zainal berkongsi pelbagai tips praktikal, strategi berimpak tinggi dan pengalaman peribadi dalam dunia komunikasi serta pengacaraan. Dengan gaya penyampaian yang santai tetapi sarat dengan ilmu, bengkel ini telah membuka mata para peserta akan kepentingan menyampaikan mesej secara berkesan, berstruktur dan menyentuh emosi.

Antara intipati utama yang diketengahkan ialah penerangan mendalam tentang konsep Pathos, Ethos dan Logos — tiga elemen utama dalam seni retorik yang mampu menjadikan sesuatu ucapan lebih meyakinkan dan berpengaruh. Para peserta didedahkan kepada cara bagaimana nilai-nilai ini boleh diaplikasikan dalam pengucapan awam supaya mesej yang disampaikan bukan sahaja sampai, malah meninggalkan kesan mendalam kepada audiens.




Lebih mengujakan, bengkel ini dimeriahkan dengan penyertaan peserta yang sangat komited, aktif bertanya dan berani mencuba. Suasana yang hidup dan penuh tenaga positif menjadikan bengkel ini satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermanfaat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan menjayakan bengkel ini. Semoga segala ilmu dan inspirasi yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kerjaya, tugasan dan kehidupan harian masing-masing.


InsyaAllah, kita bertemu lagi dalam siri bengkel akan datang. Teruskan belajar, teruskan memukau!

Bengkel eksklusif bersama Halim Othman bakal menyusul! Nantikan pengumuman rasmi di media sosial YouGo Training dalam masa terdekat. Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya.


------------------------------------------------------------------------------------

YOUGO TRAINING & MEDIA CONSULTANCY

WhatsApp: +6012-3456055

Email: yougotrainingmedia@gmail.com

yougotraining.com


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin