Wednesday, September 12, 2007

GUA in Berita Harian

Portal hiburan, gaya hidup terbaru dilancar


KUALA LUMPUR: Bagi memenuhi kehendak semasa, Alt Media Sdn Bhd yang juga anak syarikat Media Prima Berhad memberikan pilihan kepada orang ramai untuk mendapatkan segala maklumat terkini berkaitan dunia hiburan dan gaya hidup menerusi portal Gua.com.my (Gua).Bercakap pada majlis pelancaran Gua.com.my di sini, semalam, Pengurus Besar Lifestyle Portals, pengendali portal itu, M Zulkifli Abd Jalil, berkata portal yang bakal menjadi rujukan orang ramai itu dijangka mampu mencecah sasaran 3.7 juta pengunjung setiap bulan bagi tempoh dua tahun pertama penubuhannya.

Beliau berkata, kandungan yang memuatkan 65 peratus bahan dalam bahasa Malaysia manakala selebihnya bahasa Inggeris akan sentiasa dikemaskini dengan mengutamakan kehendak golongan sasaran yang berusia 15 tahun ke atas.“Segala informasi dunia hiburan dalam dan luar negara kini hanya di hujung jari, malah jika pengunjung ingin mengetahui restoran baru, lokasi santai, aliran fesyen semasa, ia boleh diperoleh menerusi Gua,” katanya.





Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Media Prima Berhad, Abdul Rahman Ahmad.Melalui portal itu, pelawat juga berpeluang memuat turun filem popular dan lagu terkini sama ada dendangan artis tempatan atau antarabangsa apabila Gua menyediakan lebih 300,000 lagu pelbagai genre sebagai pilihan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin