Wednesday, February 05, 2025

Menangani 'Breaking News'

 

Kurang dua bulan dalam 2025, sudah pun banyak insiden 'breaking news' kita saksikan di media sosial dan siaran berita seperti CNN dan Al Jazeera. Kita boleh lihat news anchors memang perlu tenang dan profesional walaupun dalam melaporkan tragedi.

Teringat dua siaran 'breaking news' di MHI dulu (walaupun MHI adalah sebuah rancangan bual bicara pagi, tapi perlu sentiasa bersedia untuk membuat liputan berita tergempar.) 

Yang pertama, ketika kapal Mavi Marmara diserang rejim zionis Israel dan beberapa anak kapal terbunuh. Di atas kapal itu juga terdapat beberapa orang rakyat Malaysia, termasuk wartawan Astro Awani. Pagi kejadian tu, saya bersiaran dengan Wardina. Waktu itu memang rasa sangat marah, sedih, risau dan takut untuk pihak keluarga mereka yang ditahan. Tapi bila kamera dah on, kena suppress emosi dan fokus kepada menyampaikan berita dan seberapa banyak info yang mungkin.

Dalam earpiece boleh dengar producer dan kru sibuk mendapatkan info terkini dan cuba hubungi pakar yang boleh berkongsi pendapat dan mengecam perbuatan tentera Israel. Sepanjang 2 1/2 jam bersiaran tu memang rasa nak luahkan apa sebenarnya dalam hati, tapi yang lebih besar dan penting adalah tanggungjawab yang diberikan untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu perkembangan terkini insiden itu.

Peristiwa yang kedua, tragedi Lahad Datu. Bila askar kita terbunuh, saya bersiaran (tapi tak ingat rakan setugas). The whole nation was simply in shock. Who were these people killing our soldiers?? Again, it was an extremely emotional broadcast. Tapi perasaan peribadi kena tolak tepi. Yang penting, kena sampaikan info, isu dengan jelas without making any big mistakes. It goes without saying that the stakes are simply very, very high when you're doing 'live' news or talk shows.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin