Monday, October 11, 2010

Spreading Some Cheer

Hold your horses, ok? Before I get to those Cannes and Paris posts, let me share this CSR initiative we did on 29th September.

gua Kongsi Kemeriahan Syawal Dengan Mereka Yang Kurang Bernasib Baik

4 OKTOBER 2010: Seringkali kita diingatkan, dalam kemeriahan kita menyambut Syawal bersama keluarga tercinta dan mereka yang tersayang, jangan dilupakan golongan yang kurang bernasib baik.

Setiap tahun sempena ulangtahun gua akan dianjurkan majlis berbuka puasa bersama para media, artis dan anak-anak yatim. Tetapi tahun ini, gua cuba membawa keriangan Syawal kepada lebih ramai anak-anak yang tidak berpeluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Pada 29 September lalu, gua telah mengunjungi anak-anak di wad pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Taman Megah, di mana selain meluangkan masa bersama mereka, gua juga telah mengedarkan duit raya sebagai melengkapi sambutan Hari Raya Puasa anak-anak ini.

"Dalam keseronokan kita meraikan kehadiran Lebaran bersama keluarga dan teman-teman, adakalanya kita terlupa pada golongan yang kurang bernasib baik," kata Pengurus Besar Jenama, Pengisian dan Pemasaran Alt Media Sdn. Bhd., M. Zulkifli Abdul Jalil.

...
"Walaupun sumbangan yang dihulurkan tidaklah seberapa, tetapi diharapkan ia dapat membawa keceriaan kepada mereka. Dan lebih pentingnya, mengingatkan mereka bahawa mereka tidak dilupakan masyarakat."
...
... gua dilancarkan pada 11 September 2007. Buat para pembaca yang setia mengikuti perkembangan gua sejak hari pertama penubuhannya, banyak perubahan yang telah dilalui portal hiburan dan gaya hidup ini, baik dari segi susun atur mahupun kandungan.

Pada 6 Ogos lepas, gua menemui pembaca dengan wajah terbarunya yang lebih ranggi, selain menjanjikan satu pengalaman melayar yang lebih mudah dan sistematik.

Ini merupakan pertukaran wajah gua yang ketiga. Sebaik mungkin gua cuba tampil dengan sesuatu yang baru setiap tahun agar sentiasa kelihatan segar dan baru di mata pembaca.

Selain perubahan wajah, banyak yang telah gua capai dalam tempoh tiga tahun ini.

Selepas mencipta sejarah dengan penyiaran drama 'online' pertama negara, Kerana Karina lakonan Marsha, yang menemui pelayar pada 29 Oktober 2007, sudah sembilan buah drama yang disiarkan secara eksklusif di gua sehingga hari ini.

Antaranya, Kerana Karina 2 dan 3, Malaysian Talent.com, Jelma 1 dan 2, Luna Fantasiku, Ceraiya, Mingguan Lelaki dan terbarunya, Dunia Baru Reunion. Lebih membanggakan, Dunia Baru Reunion berjaya meraih 1.55 juta tontonan sepanjang siarannya dari 7 Jun hingga 21 Julai 2010.

Yang pasti, banyak lagi drama ‘online’ akan disajikan khas buat para peminat di masa akan datang. Kini, drama-drama ‘online’ gua serta video terbitan gua TV boleh dinikmati di saluran khas gua di tonton.com.my.

Dari segi ‘editorial’, semestinya kandungan yang lebih eksklusif dan sensasi akan disajikan buat para pembaca yang sentiasa inginkan berita-berita terkini dan terhangat.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin