Monday, April 16, 2012

Search Box Set!

A dream come-true indeed for a lifelong Search fan like myself! I mean, while we might have all their releases in CD or cassette formats, what's been missing is a box set with everything in it. Well, finally they've done it

Amy, Nasir and Kid were on Malaysia Hari Ini to reveal the box set to everyone and the buzz amongst fans is already building up. Here are a couple of photos of the box set and the press release:




SEARCH MUNCUL LAGI MEMBIKIN FENOMENA DENGAN KEMUNCULAN ITEM PREMIUM BERBENTUK MP3.

Kuala Lumpur, 16 APRIL 2012 – SEARCH, grup rock raksasa dan legenda Malaysia sering kali muncul dengan membikin histori dan fenomena yang tersendiri. Bukan calang-calang grup yang mampu bertahan lama dalam industri malah sentiasa hadir dengan sesuatu buat menghargai para peminat yang selama ini menjadi tunjang belakang karier mereka, Search adalah salah satu daripadanya.

Selama 30 tahun keberadaan dalam industri muzik tempatan, Search  sudah banyak menghimpun nostalgia buat perjalanan mereka mahu pun para peminat. Satu demi satu naskhah dan momen diberi dan dikongsi bersama membentuk sejarah yang tersendiri.

Daripada zaman Cinta Buatan Malaysia (1985) hinggalah Gothic Malam Edan (2006), irama dan lagu kumpulan itu sentiasa meresap masuk ke dalam jiwa para pencinta grup yang diasaskan pada 1980-an ini. Itu antara sejarah dan hadiah yang sentiasa diberikan buat para peminat.

Kini tiba masa peminat setia  Search  pula membalas jasa grup yang disanjungi mereka. Buat pihak Hooray Marketing Sdn Bhd, inilah cara yang terbaik untuk mereka mempamerkan sokongan terhadap grup yang digawangi oleh Amy, Kid, Din, Nasir dan Yazit tersebut.

Hooray Marketing Sdn. Bhd. Berkolaborasi bersama grup Search mengeluarkan koleksi lagu-lagu  Search  dalam format  MP3 , sebuah idea yang mula dirancang sejak November lalu

"Sebanyak 101 buah lagu dimasukkan ke dalam  MP3  yang merupakan sebuah item koleksi buat para peminat tegar  Search . Kami bekerjasama dengan empat buah kilang di China dan sebuah kilang di Malaysia untuk mendapatkan hasil yang terbaik," ujar Sham selaku Ketua Projek MP3 ini .

"Cuma 5,000 unit akan dijual dengan harga RM333 setiap satu. Harga ini berpatutan dengan jumlah lagu dan reka bentuk kotak yang boleh menjadi hiasan rumah.  MP3  ini  boleh didapati dijual di laman web http://fenomenasearch.com/mp3/ ," ujar Sham mewakili Hooray Marketing Sdn Bhd.

Sebanyak 100 buah lagu  Search  menjalani proses master semula untuk  MP3  ini dan sebagai bonus, lagu Kejoraku Bersatu dirakamkan semula dan dinyanyikan oleh Amy Search. Proses rakaman lagu Kejoraku Bersatu nukilan Datuk M. Nasir dibikin di Studio Ronggeng, Luncai Emas dan ia merupakan kali pertama semua ahli  Search  terlibat penuh dengan lagu ini.

 "MP3  ini adalah salah satu item  Search  dan menunjukkan kepelbagaian yang masih berkaitan dengan muzik. Bermula dengan kaset kira-kira tiga dekad lalu, kini  Search  tampil dengan sebuah buah tangan yang direka dalam bentuk MP3 pula sesuai dengan peredaran masa ," ujar Nasir Daud yang merancang untuk keluar dengan barangan  Search  yang lain pula selepas ini.

Buat Nasir, dia melihat rakaman semula lagu Kejoraku Bersatu sebagai satu perangsang baharu buat  Search dan menurutnya lagi, pengeluaran  MP3  merupakan satu pemasaran baru dalam industri.

"Saya rasa ini kaedah yang bagus malah reka bentuk  MP3  juga cantik dan sesuai untuk para peminat tegar  Search ," ujarnya.


Buat vokalis Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy, MP3 ini merupakan sebuah buah tangan istimewa buat para peminat Search.

“Ini merupakan sebuah koleksi box set yang dibuat dalam bentuk MP3 yang dibuat dalam pakej yang cantik dan unik. MP3 ini adalah sesuatu yang perlu dibeli pleh para peminat Search,” ujarnya yang menyatakan bahawa rakaman semula lagu Kejoraku Bersatu dibuat dengan susunan lagu yang berlainan.

Menyentuh proses rakaman semula lagu Kejoraku Bersatu, M. Nasir yang digelar sifu berkata: "Dahulu lagu ini dinyanyikan peminat Amy, Moq. Kini lagu ini dinyanyikan oleh  Search  dan sangat sesuai dengan mereka. Kita cuba keluar dengan susunan lagu dan stail yang berbeza."

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin