Friday, September 06, 2024

Kisah Anak Gen-X: Dulunya Aku Dipanggil Tuan Majistret


 
"Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?" Aku pasti semua pernah terdengar, dan menggunakan, dialog ikonik dari filem ‘Ibu Mertua Ku’, arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee ini.

Walaupun tidak berapa faham akan apa sebenarnya tugas seorang majistret ketika aku pertama kali menonton filem tahun 1962 ini, yang aku tahu, bunyinya canggih dan sangat berprestij.   

Namun, seperti yang pernah aku sebut dalam kolum lalu, minat aku sendiri dalam bidang undang-undang lebih dicetuskan oleh beberapa siri televisyen yang pernah aku ikuti seperti “The Paper Chase” dan “LA Law”.

Dan selepas enam tahun belajar di Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya, aku memohon dan telah terpilih untuk melalui proses temuduga yang agak panjang dan mencabar, sebelum diterima masuk ke dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan sebagai pegawai undang-undang bergred L3 pada tahun 1996.  

Tawaran diterima, aku terus terbang ke Bumi Kenyalang untuk memulakan karier dan kehidupan baharu. Selama tiga minggu, aku dan dua orang pegawai lain menjalankan “latihan” dengan seorang majistret senior di Mahkamah Kuching, termasuklah duduk bersama-sama dengan beliau di bangku majistret untuk memerhatikan tugasan dan keadaan di dalam bilik bicara.

Baca artikel penuh di SINI

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin