Saturday, March 27, 2021

Jangan Hilang Rasa Hormat!


Kuliah subuh Fiqh Munakahat tadi ustaz bercakap tentang mengajar akhlak kepada anak-anak, dan memberikan contoh Rasulullah yang menghormati org yg lebih tua. Terfikir tentang senario sekarang termasuk di tempat kerja yang kononnya moden, lebih-lebih lagi dlm "flat organisation" yang semua dilayan sama rata. Ya betul, sistem ini ada kebaikannya. Kurang hierarchy dan menyenangkan kerja dalam banyak aspek. 

Yang tak sedapnya, ia juga boleh menghilangkan sifat hormat kepada org yang lebih berumur dalam organisasi tersebut. Itu sebabnya ada intern 20 tahun boleh panggil staff yang berumur 50 tahun dengan nama sahaja. Kononnya semua sama. Ini sebenarnya menunjukkan kekurangan dalam upbringing. Kita boleh berkerja dengan baik tanpa mengorbankan nilai-nilai baik kita sebagai org Islam, khasnya. Tak rugi pun kalau kita hormat mereka yang lebih berumur, tanpa mengira pangkat. 

Daripada Anas bin Malik RA, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا

Maksudnya: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang tidak menyayangi orang yang lebih muda daripada kami dan menghormati orang yang lebih berusia daripada kami.” [Riwayat al-Tirmizi (1919)]

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin