Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF
SEJARAH penyiarannya bermula pada 30 Ogos 1987 dengan menghidangkan pelbagai informasi serta rancangan bual bicara mengenai isu semasa.
Nama-nama seperti Christine Ling dan Rosli Dahamin sememangnya telah berjaya membawa program sedemikian ke suatu tahap yang cukup membanggakan ketika itu.
Ditambah dengan kemunculan segmen dinamakan Jejak Kasih kendalian Aziz Desa, Sekapur Sirih memperkukuhkan lagi jenamanya sehingga menjadi program yang boleh dilabel sebagai berstatus ‘wajib tonton’.
Bertahun berlalu, sekitar Mac 1994, Sekapur Sirih ditukar ganti dengan nama Malaysia Hari Ini (MHI) bagi memberi suntikan baru kepada elemen yang lebih inovatif serta segar.
Legasi perantara yang pernah menggerakkan MHI adalah Datuk Mahadzir Lokman, Hasbullah Awang, Suhaimi Sulaiman, Nizal Mohamad dan Omar Abdullah selain Christine serta Aziz Desa.
Ia kemudiannya disambung dengan kehadiran wajah-wajah baru yang lebih segar seperti Ally Iskandar, Mazidul Akmal Sidek, Nik Nor Azura, Ahmad Fedtri Yahya, Abby Fana, Fienda, Mohd. Azmir Selamat (AG), Raja Mastura dan Wardina Safiyyah.
Memasuki 2010, MHI menokok sejarah membina perubahan apabila membariskan 10 perantara terkini yang menggabungkan muka lama dan baru.
Muka lama yang kekal ialah Ally Iskandar, Ahmad Fedtri, AG, Wardina dan Abby.
Bertambah menarik, muka baru yang muncul dalam MHI terdiri daripada mereka yang cukup terkenal di platform masing-masing sebelum ini.
Mereka ialah Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima Berhad (MPB), Seelan Paul; Pengurus Besar (Kandungan, Jenama, Pemasaran) Alt Media Sdn. Bhd., M. Zulkifli Abd. Jalil; Zakiah Anas, Annahita Bakavoli dan Tham Zher Peen.
Perubahan serta penambahbaikan ini dilakukan oleh pengurusan stesen TV yang bernaung di bawah payung Media Prima Berhad ini bertepatan sekali dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan aspirasi 1Malaysia.
Lalu, jika diteliti senarai 10 nama personaliti yang menjayakan MHI era 2010 ini, ia sudah cukup menterjemahkan rasa itu.
Cabaran Zher Peen
Selama ini, Zher Peen hanya diberi kepercayaan mengendalikan acara dan program TV dalam bahasa Inggeris kerana kelebihannya menguasai bahasa itu.
Dan peluang yang diberikan kepadanya biarpun sangat menarik untuk mengisi profil kerjayanya, namun, Zher mengakui, tugas ini menuntut cabaran yang bukan kecil buatnya.
Cabaran paling besar menanti Zher ialah meyakini rakyat Malaysia terhadap kemampuannya mengendalikan MHI dalam bahasa rasmi negara.
Namun begitu, dalam satu aspek lain, hos rancangan 8TV Quickie ini menyifatkan, MHI merupakan platform terbaik buatnya memperkasakan penguasaan bahasa Melayu.
“Saya harus akui, saya tidak begitu fasih berbahasa Melayu. Inilah cabaran besar kepada saya apabila diberi peluang menjadi hos MHI.
“Pada masa yang sama, inilah peluang untuk saya memperbaiki kelemahan tersebut. Baru sahaja memulakan tugas sebagai hos MHI pada 18 Januari lalu, tugas ini sangat berbeza berbanding di Quickie,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Sebaik menerima tawaran menyertai keluarga MHI, Zher awal-awa lagi sudah mengingatkan dirinya untuk memberi perspektif baru dalam program bual bicara pagi yang sangat popular di TV3 itu.
“Saya lebih berminat untuk membawa isu terkini berkaitan gaya hidup dan fesyen,’’ ujarnya yang bertugas di Bahagian Pembangunan Kandungan di Primeworks Studio, Media Prima Berhad.
Rasa bangga Seelan
Berbeza dengan Zher yang barangkali cukup asing bagi masyarakat Melayu, Seelan Paul sudah dianggap sebahagian daripada orang Melayu bagi sebilangan besar penggiat seni tanah air.
Masakan tidak, personaliti popular ini merupakan seorang ikon radio yang cukup sinonim dengan stesen radio bahasa Melayu yang kini diterajuinya, Hot FM.
Biarpun begitu, penyertaannya dalam program TV seperti MHI dianggapnya sebagai satu bonus buatnya kerana berpeluang meneroka satu lagi disiplin baru dalam kerjayanya sebagai pengamal media.
Seelan yang juga mula menyertai MHI pada 18 Januari lalu mengakui, hatinya berbunga keriangan kerana muncul sebagai orang India pertama sebagai hos MHI.
Pada masa yang sama, anak kelahiran Nibong Tebal, Pulau Pinang ini tidak terlepas daripada diselubungi masalah ketika bertugas di hadapan kamera.
“Bekerja di radio dan di hadapan kamera adalah dua situasi yang berbeza. Ada banyak perkara yang saya perlu belajar dengan pantas.
“Mujur juga buat permulaan ini saya hanya ditampilkan sekali saja dalam seminggu sebagai hos MHI,’’ katanya berkongsi perasaan.
Kata Seelan, meski bergelar junior di MHI walaupun sudah memiliki pangkat yang besar di rangkaian radio MPB, itu bukanlah satu masalah untuknya menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan.
Sedang biasakan diri - M. Zulkifli
Seorang lagi anggota famili baru MHI yang wajar diberi perhatian ialah M. Zulkifli.
Seperti Seelan, M. Zulkifli atau mudah disapa Zul juga sangat gembira dengan tawaran baru itu.
Sebagai salah seorang pembuat dasar dan pengurus di Alt Media (anak syarikat Media Prima Berhad), M. Zulkifli berpendapat tawaran mengendalikan MHI bak pucuk dicita ulam mendatang buatnya.
Namun, tatkala memulakan tugas di MHI menjelang tahun baru lalu, Zul dilihat seakan kurang selesa di set program itu dan agak kelam kabut.
Mengakui akan perkara itu, Zul menjelaskan, ketika ini dia masih lagi dalam proses membiasakan diri bertugas di hadapan kamera.
“Saya masih baru dan sudah pasti ada kelemahan. Kadang-kadang agak susah kita hendak pastikan pergerakan kamera dan dalam masa sama, kita perlu peka dengan arahan produser melalui alat pendengaran di telinga,’’ jelas M. Zulkifli yang merupakan pencetus idea penghasilan portal hiburan gua.com.my.
Keistimewaan menyertai MHI buat M. Zulkifli ialah memberi peluang kepadanya berkongsi maklumat mengenai media baru dan teknologi.
Impian Annahita tercapai
Beralih kepada Annahita Bakavoli pula, wanita berdarah kacukan Melayu-Parsi ini sememangnya sudah lama menginginkan untuk menduduki hos MHI.
“Sebelum ini saya pernah diundang menjadi pengacara jemputan dalam sebuah program.
“Di MHI, saya memang sudah lama mengimpikannya. Saya sendiri menghantar resume kepada MHI. Bukan mudah untuk dipilih dan saya sendiri terpaksa melalui proses uji bakat,’’ ujarnya berterus-terang mengenai keinginan yang sudah lama bersarang di hati.
Annahita memberitahu, memulakan tugas pada 1 Januari lalu, dia perlu memikirkan sesuatu yang baru untuk disajikan kepada penonton MHI dan bukannya mengharapkan panduan daripada penerbit semata-mata.
Katanya, selepas ini, dia sendiri perlu keluar mencari bahan berita untuk dibawa atau disalurkan kepada penonton.
“Saya lebih meminati hiburan, perundangan, seni dan masakan. Selepas ini saya perlu cari bahan berita sendiri,’’ jelasnya yang baru sahaja pulang mengambil kursus jangka pendek berkaitan teater, penulisan kreatif dan pengucapan awam di Amerika Syarikat.
Persaingan sihat - Ally
Sementara itu, senior dalam bidang pengacaraan khususnya program bual bicara, Ally Iskandar berpendapat, gabungan hos MHI yang ada ketika ini akan memberi warna baru kepada program yang sudah menjangkau usia lebih dua dekad itu.
“Masing-masing sudah dikenali dalam bidang tersendiri. Saya tidak melihat ia sebagai satu masalah kepada saya.
“Memasuki MHI, mereka sebenarnya membawa sekali kredibiliti yang dibentuk dalam bidang masing-masing,’’ katanya yang sudah sembilan tahun mengendalikan MHI.
Tambah Ally, kemasukan wajah baru MHI juga telah melahirkan budaya saing yang sihat kalangan hos MHI.

No comments:
Post a Comment