Sunday, June 06, 2021

Ujian Allah

 


Sejak covid, dah mcm2 sop solat berjemaah kita dah harungi. 

Lepas masjid semua tutup lebih kurang 100 hari, Alhamdulillah dibuka semula utk 40 org jemaah (Selangor), solat jumaat pun sama 40, first come first served.

Kemudian kena apply utk solat Jumaat. Kemudian kena apply melalui app. Di KL dibuka utk 130 org, first come, first served. Ramai yg beratur awal, pulang kecewa.

Kemudian jadi 1/3 ruang masjid. Kemudian 50 peratus. 

Oh, penjarakan 1m masa tu.

Kemudian pernah Selangor buka, KL tutup. Ada masa, KL buka, Selangor tutup. Kita kena keep track. Itu pun yg mana boleh pergi dua2, kalau tak, boleh dicaj rentas daerah.

Kemudian bila kes naik, tutup semua (kecuali imam, bilal, noja). 

Bila bukak balik, utk 50 org, cukup je, pintu kunci. Penjarakan jadi 1.5m. 

Di Selangor, utk anak kariah saja.

Baru-baru ni, di KL pun solat fardhu utk anak kariah saja, Jumaat 50 org first come, first served. Sekarang jadi solat fardhu dan Jumaat utk AJK saja. Yg lain solat di rumah.

Di Selangor, hanya 6 org utk solat Jumaat, 5 org utk solat fardhu.

I don't have to make any conclusions. Kita sendiri fikirkan kenapa kita diuji sebegini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin