Thursday, February 13, 2025

10 Port Pencinta Buku Di London

 


1. Waterstones

Sudah tentu! Ada 311 cawangan Waterstones di UK, dan bila jejak saja kaki ke dalam, mesti terus tersenyum sebab cantik interior dan susun atur buku-bukunya. Di bawah ini gambar Waterstones di Richmond. 



Tapi secara peribadi, teratas dalam senarai adalah Waterstones di Liverpool.


2. Foyles

Satu lagi rangkaian kedai buku di UK dengan 7 cawangan. Kini dimiliki oleh Waterstones. Yang ini di Westfield London.


3. South Bank Book Market 

Hari yang indah itu adalah berjalan di sepanjang South Bank dalam cuaca dingin dan bertemu dengan pasar buku ini! Dibuka setiap hari, 10pg-5.30ptg.


4. Daunt Books, Hampstead

Ada 6 cawangan Daunt Books di London. Yang ini terletak di Hampstead, berhampiran dengan stesyen keretapi dan pintu masuk ke Hampstead Heath.



Keats House

Ada bonus di sini. Just around the corner is Keats House. It was a really wonderful surprise for us. You can visit the house for a fee, or just pickup a nice souvenir at the store downstairs.




5. Brick Lane Bookshop

Terkenal dengan deretan kedai makanan Asia (baca: kari), komuniti artis dan Masjid Jammenya, terselit juga sebuah toko buku menarik di Brick Lane.




6. Primrose Hill Books

Dari Camden Market, kita boleh berjalan kaki ke Primrose Hill untuk menikmati pemandangan Kota London yang cukup cantik. Tapi dalam perjalanan ke sana, ada sebuah kedai buku dengan koleksi fiksyen yang prlbagai dan menarik.



7. Darussalam Book Shop

Kalau ke London Central Mosque di Regent's Park untuk solat, boleh juga singgah di kedai buku Islamik ini.



8. Greenwich Market

Pasar yang mula dibuka pada penghujung abad ke 18 ini menarik untuk peminat kraftangan, barangan antik dan juga buku dan majalah pre-loved




9. Hatchards

Terletak di stesyen St Pancras International, Hatchards merupakan penjual buku tertua di London dan juga pembekal buku rasmi buat Keluarga Diraja di sini. Auntie cashier di sini juga sangat peramah dan akan merekomen buku untuk dibeli!



Gambar FB
Gambar FB


10. The British Library 

Berhampiran dengan St Pancras adalah The British Library. Perlu ada membership untuk pinjam buku, tapi tak mengapa. Boleh masuk secara percuma untuk ambik feel atau mengunjungi pameran yang ada. 

Bila dah seselai, boleh berjalan ke restoran Malaysia yang terkenal di sini, Roti King!





Tuesday, February 11, 2025

Sesat Di Kuala Lumpur

 

One of my favourite things to do these days is to walk the streets of downtown Kuala Lumpur right after Subuh on weekends. Before it "comes alive", KL is so serene and stunningly beautiful, and it stands as a reminder of how blessed we truly are to be living this land of peace and abundance. Alhamdulillah...






























LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin